Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2166-07
Bandingkan
Pereka Gred B14 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Mengetuai bahagian, memimpin, mengurus dan menyelia anggota dan organisasi serta mengawal dan mengurus perbelanjaan mengurus tahunan bahagian dan organisasi.
Mengurus dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perkhidmatan dan kursus kakitangan serta menggubal dan merancang strategi, program dan aktiviti bahagian sejajar dengan matlamat dan objektif jabatan.
Merancang strategi dan menyediakan program kepakaran dalam bidang komunikasi visual mengikut keperluan kumpulan sasaran jabatan termasuk agensi kerajaan dan negeri.
Merancang, menyelia, memperolehi dan mengawal belanjawan tahunan bagi membiayai sepenuhnya strategi, program dan aktiviti bahagian.
Bertanggungjawab menentukan perolehan dan pembiayaan belanjawan tahunan dilaksanakan dengan berkesan serta menentukan sistem, kaedah, dasar dan peraturan kerja mencapai objektif bahagian.
Memberi dorongan dan tunjuk ajar serta panduan kepada anggota bahagian di dalam menerapkan teknologi terkini dalam pelaksanaan hal-hal pentadbiran, peningkatan mutu hasil kerja dan penggunaan komunikasi visual yang inovatif, kreatif dan berkesan.
Merancang dan melaksanakan strategi kempen kerajaan melalui penggunaan komunikasi visual yang berkesan serta bertanggungjawab dalam penilaian Laporan Prestasi Tahunan anggota bahagian.
Merancang dan menggubal sukatan mata pelajaran soalan peperiksaan jabatan bagi jawatan Pereka dan Ahli Fotografi di dalam semua gred jawatan.
Memastikan semua arahan dan pekeliling dipatuhi dan dilaksanakan serta bertindak sebagai ketua pakar rujuk kerja- kerja seni reka peringkat bahagian/jabatan/kementerian dan kerajaan negeri.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Berkebolehan membuat kerja pada bila-bila masa termasuk di luar kawasan atau pejabat.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis dan mewarna serta berkebolehan menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.