Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2164
Bandingkan
Perancang Bandar dan Trafik
Perancang Bandar dan Trafik membangun dan memberi nasihat serta mereka bentuk kawasan rekreasi, institusi, kediaman, susun atur bandar, landskap dan sistem trafik, serta merancang dan memantau pembinaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulih.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.
Menyusun dan menganalisis tapak dan data komuniti berhubung dengan aspek geografi, ekologi kawasan, bentuk muka bumi, tanah, tumbuh-tumbuhan, hidrologi tapak, ciri. visual dan struktur buatan manusia untuk merancang penggunaan tanah dan cadangan pembangunan untuk penyediaan kesannya ke atas alam sekitar.
Memeriksa kerja pembinaan yang sedang dijalankan untuk memastikan pelan, spesifikasi dan standard kualiti dipatuhi.
Merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan di bandar.
Merancang dan mereka bentuk pembangunan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institusi, lapangan terbang, jalan raya dan projek yang berkaitan, dan untuk tapak komersil, perindustrian, dan kediaman.
Merancang dan memberi nasihat tentang laluan, kawalan jalan raya dan sistem trafik, dan tujuan keselamatan yang lebih cekap.
Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi dan anggaran kos untuk pembangunan tanah dan menunjukkan lokasi dan perincian cadangan termasuk pemodelan tanah, struktur dan tumbuh-tumbuhan.
Menyelia pengujian dan pentauliahan kerja yang telah siap.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.