Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2166-05
Bandingkan
Pereka Gred B12 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Mengetuai cawangan dan mengawal selia projek supaya mencapai objektif dengan optima.
Mengurus dan mentadbir hal ehwal perkhidmatan dan kursus anggota bahagian, unit, dan negeri, serta menyediakan dan mengawal belanjawan mengurus tahunan bahagian.
Mengurus perbelanjaan cawangan, perolehan, dan memastikan pembayaran dibuat dengan tepat, cepat, serta menepati peraturan dan pekeliling.
Merancang strategi kempen kerajaan melalui penggunaan komunikasi visual yang berkesan, serta menentukan spesifikasi perolehan dan perkhidmatan menepati arahan kerajaan, ketetapan peraturan, dan kepatuhan teknik.
Merancang dan menyemak laporan aktiviti bulanan dan tahunan cawangan, serta pelbagai kertas kerja yang diperlukan oleh bahagian.
Menentukan sistem, kaedah, dasar, dan peraturan kerja bagi mencapai objektif bahagian secara optima.
Bertanggungjawab membuat keputusan sebagai pakar rujuk berkaitan kerja-kerja seni di peringkat jabatan atau kementerian, serta mengurus produksi pameran dan publisiti luar yang berkesan dan inovatif.
Merancang dan memantau bahan komunikasi visual agar menepati program dan strategi jabatan.
Menilai Laporan Prestasi Tahunan anggota di bawahnya, serta memberi bimbingan, dorongan, dan latihan bagi mempertingkatkan mutu hasil kerja yang inovatif, kreatif, dan berkesan.
Merancang matlamat dan arah tuju aspek rekaan kreatif produksi yang cemerlang dan memenuhi tuntutan semasa.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Berkebolehan membuat kerja pada bila-bila masa termasuk di luar kawasan atau pejabat.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis dan mewarna serta berkebolehan menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.