Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2163
Bandingkan
Pereka Produk dan Pakaian
Pereka Produk dan Pakaian mereka bentuk dan membangunkan produk untuk pengilangan, dan menyediakan rekaan dan spesifikasi produk untuk pengeluaran besar-besaran, kelompok dan one-off.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merumuskan konsep rekaan pakaian, tekstil, industri, produk komersial dan barang kemas.
Menyediakan lakaran, gambar rajah, ilustrasi, pelan, sampel dan model untuk mendapatkan konsep rekaan.
Merundingkan rekaan dengan pelanggan, pihak pengurusan, serta kakitangan jualan dan pembuatan.
Memilih, menentukan dan mencadangkan bahan, kaedah pengeluaran dan kemasan untuk pengeluaran.
Memperincikan dan mendokumenkan rekaan yang dipilih untuk pengeluaran.
Menyediakan dan menentukan prototaip dan sampel.
Menyediakan corak, program dan alat, dan proses pembuatan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.