- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2166
Pereka Grafik dan Multimedia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2166-04
Bandingkan
Pereka Gred B10 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Bertanggungjawab sebagai ketua unit di peringkat bahagian atau cawangan atau sebagai ketua bahagian di peringkat negeri.
Mengurus dan mentadbir cawangan termasuk memimpin, mengawal selia anggota unit di bawahnya, serta merancang dan menyediakan keperluan kewangan bagi belanjawan tahunan cawangan.
Mengurus perbelanjaan unit, perolehan, dan menentukan pembayaran dibuat dengan tepat, cepat, serta menepati peraturan dan pekeliling.
Merancang dan melaksanakan strategi kempen kerajaan melalui penggunaan komunikasi visual yang berkesan.
Meluluskan peringkat unit spesifikasi perolehan/perkhidmatan menepati arahan kerajaan, ketetapan peraturan, dan kepatuhan teknik.
Bertanggungjawab terhadap laporan aktiviti bulanan dan tahunan unit, serta pelbagai kertas kerja yang diperlukan oleh cawangan.
Mengetuai unit dan mengawal selia projek supaya mencapai objektif dengan optima, serta membuat keputusan sebagai pakar rujuk berkaitan kerja-kerja seni di peringkat jabatan.
Bertanggungjawab memastikan produksi multimedia yang berkesan dan inovatif bagi menyokong kempen, program, dan aktiviti bahagian.
Menentukan sistem, kaedah, dasar, dan peraturan kerja bagi mencapai objektif bahagian secara optima.
Merancang aktiviti latihan dan peningkatan produktiviti, serta memberi tunjuk ajar kepada anggota bawahan bagi mempertingkatkan mutu hasil kerja yang inovatif, kreatif, dan berkesan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Berkebolehan membuat kerja pada bila-bila masa termasuk di luar kawasan atau pejabat.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis dan mewarna serta berkebolehan menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.