Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2166-06
Bandingkan
Pereka Gred B13 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Mengurus dan mentadbir hal ehwal perkhidmatan dan kursus anggota bahagian, unit, dan negeri.
Menyediakan, mengawal, dan mengurus belanjawan mengurus tahunan bahagian.
Menggubal dan merancang strategi, program, dan aktiviti bahagian sejajar dengan matlamat dan objektif jabatan.
Merancang, menyelia, memperolehi, dan mengawal belanjawan tahunan bagi membiayai sepenuhnya strategi, program, dan aktiviti bahagian.
Bertanggungjawab menentukan perolehan dan pembiayaan belanjawan tahunan dilaksanakan dengan berkesan.
Memastikan perbelanjaan tahunan bahagian dibuat secara berkesan dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan bagi mencapai pengurusan kewangan yang optima.
Menentukan sistem, kaedah, dasar, dan peraturan kerja bagi mencapai objektif bahagian.
Memberi dorongan, tunjuk ajar, dan panduan kepada anggota bahagian dalam penerapan teknologi terkini serta penghasilan komunikasi visual yang inovatif, kreatif, dan berkesan.
Merancang dan melaksanakan strategi kempen kerajaan melalui penggunaan komunikasi visual yang berkesan.
Memastikan semua arahan dan pekeliling dipatuhi dan dilaksanakan, serta bertindak sebagai ketua pakar rujuk kerja-kerja seni reka di peringkat bahagian, jabatan, kementerian, dan kerajaan negeri.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Berkebolehan membuat kerja pada bila-bila masa termasuk di luar kawasan atau pejabat.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis dan mewarna serta berkebolehan menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.