Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1211-04
Bandingkan
Pengurus Insurans menyelaras, menyelia operasi insurans dan mengurus aktiviti harian sesebuah syarikat atau jabatan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap. Pengurus mengetuai penaja jamin dan ejen, membangunkan produk insurans, menetapkan sasaran prestasi dan memastikan pematuhan terhadap peraturan. Peranan pengurus juga melibatkan perancangan strategik, penilaian risiko, pengendalian tuntutan dan pertikaian serta mengekalkan hubungan pelanggan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan keberkesanan operasi.
Tugasan
Menyelaras dan menyelia keseluruhan operasi insurans bagi memastikan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.
Mereka bentuk, melaksanakan, dan memantau produk serta perkhidmatan insurans.
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Menetapkan dan mencapai sasaran jualan serta prestasi insurans.
Menganalisis dan memantau prestasi syarikat serta operasi kewangan.
Menyelia latihan dan pembangunan penaja jamin, ejen, dan pasukan perkhidmatan.
Menyelia penyelesaian aduan pelanggan yang kompleks, tuntutan, dan pertikaian berkaitan insurans.
Merancang bajet dan menjalankan ramalan kewangan bagi produk serta perkhidmatan insurans.
Melaporkan prestasi jabatan dan inisiatif strategik kepada pengurusan atasan.
Membangunkan dan mengekalkan kerjasama dengan broker, ejen, dan pihak berkepentingan utama untuk mengembangkan peluang perniagaan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan membuat keputusan yang tepat di bawah tekanan bagi menangani isu operasi.
Kemahiran analitik untuk menilai risiko, trend dan tingkah laku pelanggan.
Kemahiran pengurusan masa untuk merancang, memantau tugasan dan memenuhi tempoh masa yang ditetapkan.
Kepimpinan yang kukuh untuk mengurus dan menyelaras pasukan dengan berkesan.
Komunikasi yang jelas dengan pelanggan, kakitangan dan pihak berkepentingan.
Khusus
Pengetahuan dalam analisis dan pelaporan kewangan.
Pengetahuan dalam kepimpinan pasukan dan bimbingan.
Pengetahuan dalam pemantauan dan penilaian prestasi.
Pengetahuan dalam pembangunan produk insurans.
Pengetahuan dalam pengurusan akaun.
Pengetahuan dalam pengurusan hubungan pelanggan.
Pengetahuan dalam pengurusan proses tuntutan.
Pengetahuan dalam penilaian dan pengurusan risiko.
Pengetahuan dalam peraturan dan pematuhan insurans.
Pengetahuan dalam ramalan hasil dan penganggaran bajet.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.