Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1215
Bandingkan
Pengurus Pentadbiran
Pengurus Pentadbiran merancang, mengurus, mengarahkan, membangunkan, mengkaji semula dan memperbaiki sistem pentadbiran, dasar dan prosedur perusahaan atau organisasi.
Tugasan
Mentadbir, membuat perancangan strategik dan memberi sokongan operasi, membuat penyelidikan dan memberi nasihat kepada pengurusan kanan mengenai pentadbiran.
Membangun dan mengurus pentadbiran organisasi dan sumber fizikal.
Membangun dan melaksanakan pernyataan dan garis panduan pentadbiran dan prosedur untuk digunakan oleh kakitangan dalam organisasi.
Menganalisis isu dan inisiatif pengurusan sumber yang kompleks yang memberi kesan kepada organisasi, serta menyediakan laporan, surat-menyurat dan kertas cadangan berkaitan.
Mengetuai dan mengurus kakitangan pentadbiran untuk memastikan operasi organisasi yang lancar dan penyediaan maklumat yang betul dan tepat pada masanya.
Mewakili perusahaan atau organisasi dalam rundingan, konvensyen, seminar, pendengaran awam dan forum.
Menetapkan dan mengurus bajet, mengawal perbelanjaan dan memastikan penggunaan sumber yang cekap.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.