- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran dan Komersil
Kumpulan Kecil
121
Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Unit
1211
Pengurus Kewangan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1211-11
Bandingkan
Pengurus Harga Pindahan merancang, mengarah dan menyelia aktiviti penentuan harga pindahan sesebuah organisasi bagi memastikan transaksi antara syarikat mematuhi peraturan cukai domestik dan antarabangsa. Peranan ini melibatkan analisis transaksi rentas sempadan antara entiti berkaitan, membangunkan dan menyelenggara dasar penentuan harga pindahan, dan menasihati pihak pengurusan tentang implikasi cukai pengaturan harga. Ia juga termasuk berhubung dengan pihak berkuasa cukai dan penasihat luaran untuk menyokong pematuhan, dokumentasi dan penyelarasan dengan garis panduan yang berkenaan.
Tugasan
Merangka dan melaksanakan dasar harga pindahan bagi transaksi antara syarikat.
Menyediakan dan menyemak dokumentasi serta laporan harga pindahan mengikut peraturan dan garis panduan cukai tempatan.
Menyelia dan mengurus portfolio projek harga pindahan.
Menjalankan analisis kewangan bagi menyokong dasar harga pindahan dan keperluan pelaporan.
Memberi nasihat kepada pengurusan mengenai impak harga pindahan terhadap operasi dan strategi perniagaan.
Melaksanakan penilaian risiko dan semakan dalaman untuk memastikan pematuhan kepada peraturan harga pindahan.
Bekerjasama dengan pihak berkuasa cukai semasa audit dan menyelesaikan isu berkaitan harga pindahan.
Sentiasa mengikuti perkembangan peraturan harga pindahan di pelbagai bidang kuasa berkaitan.
Menyelaras dengan perunding luar dan penasihat undang-undang mengenai perkara harga pindahan yang kompleks.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menganalisis, mengendalikan dan mentafsir data kewangan dan percukaian yang kompleks.
Kemahiran analitik dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk menilai isu harga pindahan yang kompleks.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang jelas untuk menerangkan perkara teknikal.
Pemikiran kritis dankemahiran mendengar secara aktif bagi menyokong pertimbangan dan pembuatan keputusan yang wajar.
Tahap ketelitian yang tinggi serta kemahiran pengurusan organisasi bagi memastikan ketepatan dan pematuhan.
Khusus
Kecekapan dalam perisian harga pindahan dan alat pemodelan kewangan.
Pengetahuan dalam analisis kewangan dan kaedah pengagihan keuntungan untuk harga pindahan.
Pengetahuan dalam ramalan kewangan dan analisis ekonomi bagi tujuan harga pindahan.
Pengetahuan lanjutan dalam prinsip perakaunan dan kewangan termasuk IFRS.
Pengetahuan mendalam mengenai undang-undang cukai antarabangsa dan peraturan harga pindahan.
Pengetahuan mengenai keperluan dokumentasi harga pindahan selaras dengan peraturan tempatan dan garis panduan OECD.
Pengetahuan mengenai percukaian rentas sempadan dan penstrukturan transaksi antara syarikat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1211-01
Pengurus Belanjawan/Perakaunan Kewangan
1211-02
Pengurus Audit dan Pengurusan Risiko
1211-03
Pengurus Kredit
1211-04
Pengurus Insurans
1211-05
Pengurus Dana/Portfolio
1211-06
Pengurus Perbendaharaan
1211-07
Pengurus Cukai
1211-08
Pengurus Tuntutan
1211-09
Pengurus Penilaian Aktuari
1211-10
Pengurus Pembidaan
1211-11
Pengurus Harga Pindahan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.