Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1214
Bandingkan
Pengurus Perkhidmatan Perniagaan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
Tugasan
Merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan.
Merancang dan mengurus jualan khas dan program pemasaran berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran.
Merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan.
Menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, peruntukan bajet promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas.
Mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaras kerja jurujual atau mengurus pelantikan ejen dan pengedar.
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap.
Memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran.
Menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi, atau dengan agensi luar.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.