Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1213
Bandingkan
Pengurus Dasar dan Perancangan merancang, mengatur, menyelaras dan memberi nasihat berkaitan dasar dan perancangan strategik dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan agensi swasta, atau menguruskan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menyediakan perkhidmatan dasar dan perancangan strategik.
Tugasan
Membangunkan, melaksanakan dan memantau perancangan strategik, program, dasar, proses, sistem dan prosedur untuk mencapai matlamat, objektif dan standard kerja.
Membangunkan, mengarah, mentadbir dan melibatkan diri dalam penyelidikan dan penganalisaan dasar.
Menganalisis dan mentafsir keputusan kajian dan menyediakan laporan yang memperincikan hasilan, cadangan atau kesimpulan.
Mereka bentuk, menilai dan mengubah suai dasar untuk memastikan program yang dirancang adalah berkesan dan mematuhi keperluan undang-undang.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.