Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3719-07
Bandingkan
Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S5
Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S5: JTK Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dasar perburuhan, pentadbiran undang- undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri. JHEKS Bertanggungjawab ke atas hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, merancang dan menjalankan aktiviti mempromosi bagi meningkatkan kesatuan sekerja di Malaysia yang sihat.
Tugasan
Melaksanakan pemeriksaan berkanun, ladang, penginapan pekerja, menyiasat aduan, dan menyediakan laporan serta tindakan susulan.
Menyemak, memproses, dan mengadakan lawatan untuk permit perburuhan, rumah pekerja, dan perakuan kelulusan pelan.
Mengendalikan tuntutan pekerja/majikan, menyediakan Nota Keterangan kes buruh, memantau pematuhan perintah, serta menyelenggara daftar kes dan rayuan Mahkamah.
Menyediakan Kertas Siasatan, menjalankan pendakwaan/kompaun, mengendalikan kes Mahkamah, dan melaksanakan operasi penguatkuasaan Pasukan Khas Penguatkuasaan (PKP) serta operasi bersepadu Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) dan operasi 1 Visit-Policy.
Memproses permohonan kesatuan, menyiasat aduan, mengemaskini maklumat keahlian, dan menyampaikan ceramah atau dialog industri.
Melaksanakan program, menyediakan laporan aktiviti, mengurus dokumentasi, rekod, aset, bajet, kewangan, audit, dan kenderaan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan membuat keputusan.
Berkebolehan menggunakan perisian komputer.
Mempunyai kemahiran komunikasi berkesan dengan rakan sekerja, pemain industri dan orang awam.
Khusus
Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam undang-undang perburuhan negara dan undang-undang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.