Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3712
Bandingkan
Profesional Bersekutu Pegawai Percukaian dan Eksais
Profesional Bersekutu Pegawai Percukaian dan Eksais membantu memeriksa pulangan cukai, bil jualan dan dokumen lain untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, duti dan lain-lain yuran yang perlu dibayar oleh individu atau perniagaan.
Tugasan
Menggunakan undang-undang cukai terhadap syarikat, perkongsian, organisasi, dan individu.
Memeriksa akaun dan menyelidik latar belakang bahan.
Menyiasat penipuan.
Memberi nasihat kepakaran tentang hal percukaian kepada syarikat, perkongsian, organisasi, dan individu.
Merundingkan penyelesaian cukai dengan pembayar cukai dan/ atau akauntan.
Menyemak kewangan perniagaan untuk mengetahui bagaimana sebenar-benarnya ia beroperasi.
Melawat premis perniagaan dan bersemuka dengan orang lain semasa siasatan dijalankan.
Menyemak secara terperinci akaun perniagaan untuk memastikan undang-undang cukai digunakan dengan betul.
Menyatakan kes secara surat-menyurat, dan secara peribadi, dengan pembayar cukai atau penasihat profesional, akauntan, atau peguam mereka.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.