- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
37
Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
371
Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3719-03
Bandingkan
Penolong Penguasa Penjara Gred KA5
Penolong Penguasa Penjara Gred KA5 bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan dan keselamatan institusi-institusi penjara.
Tugasan
Mengawal selia dan mengemaskini pengurusan penghuni dari proses penerimaan sehingga pembebasan berdasarkan perintah pihak berkuasa.
Menyediakan rayuan dan Penyata Empat Tahun kepada penghuni yang layak mengikut Undang-undang Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000.
Memastikan harta benda penghuni dicatat, disimpan dan dijaga dengan teratur serta selamat sehingga dibebaskan.
Bertanggungjawab ke atas blok, bengkel atau tempat tugas yang ditetapkan serta menyelia pegawai bawahan bagi mencapai objektif institusi.
Mengetuai kawalan keselamatan penghuni, keselamatan fizikal blok penempatan dan institusi penjara secara keseluruhan.
Mengendalikan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu serta bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian di dalam dan luar penjara termasuk semasa mengiring banduan.
Melaksanakan tugas sebagai Pegawai Risikan di peringkat institusi.
Bertanggungjawab sebagai Pegawai Kaunseling dalam program pemulihan, rawatan dan pembanterasan penyalahgunaan dadah termasuk ujian air kencing.
Membantu pelaksanaan sistem parol, menyampaikan ceramah mesej penjara dan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam pemulihan bekas banduan.
Melaksanakan pengurusan kepenjaraan termasuk latihan anggota, kawalan aktiviti pembangunan institusi dan pengurusan lawatan keluarga banduan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3719-01
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Gred T5
3719-02
Penolong Penguasa Bomba Gred KB5
3719-03
Penolong Penguasa Penjara Gred KA5
3719-04
Penolong Pegawai Siasatan Gred P5
3719-05
Penolong Pegawai Siasatan Gred P6
3719-06
Penolong Pegawai Siasatan Gred P7
3719-07
Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.