- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
37
Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
371
Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3719-01
Bandingkan
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Gred T5
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Gred T5 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undangundang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan, melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan, memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar, melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat, mengawal dan mencegah pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.
Tugasan
Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah Undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
Melaksanakan dasar pandu arah dan keselamatan Zon Maritim Malaysia.
Melaksanakan pengurusan logistik dan tindakan operasi.
Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim, pengawasan udara dan pantai, pengawalan dan pencegahan pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik.
Melaksanakan arahan membantu dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan negara asing sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
Membantu pengumpulan maklumat risikan keselamatan serta mencadangkan peningkatan keberkesanan operasi.
Melaksanakan rondaan dan operasi maritim dan udara di Zon Maritim Malaysia dengan cekap dan berkesan.
Melaksana dan meningkatkan mutu latihan anggota, latihan operasi dan latihan bersama di kawasan maritim negara.
Membantu jalinan hubungan dengan Jabatan/Agensi lain mengenai penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai kekompetenan dalam ilmu kelautan, perkapalan serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai undang-undang persekutuan di Zon Maritim Negara serta undang-undang maritim antarabangsa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3719-01
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Gred T5
3719-02
Penolong Penguasa Bomba Gred KB5
3719-03
Penolong Penguasa Penjara Gred KA5
3719-04
Penolong Pegawai Siasatan Gred P5
3719-05
Penolong Pegawai Siasatan Gred P6
3719-06
Penolong Pegawai Siasatan Gred P7
3719-07
Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.