Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3719-02
Bandingkan
Penolong Penguasa Bomba Gred KB5
Penolong Penguasa Bomba Gred KB5 bertanggungjawab mengawal selia pengurusan balai bomba, personel, mengetuai tugas-tugas operasi dan pentadbiran pemadaman kebakaran dan penyelamatan, mengurus dan menjalankan pelaksanaan program pencegahan dan keselamatan kebakaran, penguatkuasaan dan latihan.
Tugasan
Mengawal selia dan mengemas kini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
Mengetuai pasukan bomba ke tempat kebakaran dan kecemasan serta menyediakan laporan kebakaran dan kecemasan berdasarkan arahan-arahan jabatan.
Mengawal selia penggunaan jentera bomba dan lain-lain kenderaan mengikut peraturan jabatan.
Mengawal selia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
Mengurus dan mengawal selia pengurusan personel di balai.
Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.