Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3252-01
Bandingkan
Pengkod Klinikal
Pengkod Klinikal menyemak, menganalisis dan mengurus rekod perubatan dan dokumentasi klinikal pesakit untuk menetapkan kod piawai, memastikan ketepatan dan kelengkapan diagnosis, pelan rawatan dan keputusan ujian. Mereka memudahkan pengebilan, penyelidikan dan pematuhan peraturan penjagaan kesihatan yang betul, bekerjasama rapat dengan profesional perubatan untuk menjelaskan ketidakkonsistenan dan mengekalkan rekod berkualiti tinggi. Kerja mereka menyokong integriti data penjagaan kesihatan dan operasi perkhidmatan perubatan yang cekap.
Tugasan
Memberikan kod diagnostik dan prosedur yang standard kepada rekod pesakit berdasarkan dokumentasi klinikal.
Memastikan ketepatan dan pematuhan kepada sistem pengkodan dan klasifikasi.
Menyemak rekod perubatan, ringkasan discaj dan nota pembedahan untuk memastikan kelengkapan dan kejelasan bagi tujuan pengkodan.
Bekerjasama dengan profesional kesihatan untuk mendapatkan penjelasan klinikal mengenai rekod pesakit.
Menyediakan data berkod untuk tujuan pengebilan, tuntutan insurans dan pelaporan kesihatan.
Mengumpul, menyusun dan memproses rekod perubatan serta dokumentasi klinikal berkaitan.
Menjaga kerahsiaan serta memastikan keselamatan rekod perubatan dan maklumat kesihatan pesakit.
Menjalankan audit pengkodan klinikal serta menyertai aktiviti jaminan kualiti.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dengan aplikasi komputer dan sistem maklumat kesihatan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk berhubung dengan doktor dan rakan sekerja.
Pemahaman yang kukuh tentang terminologi perubatan, anatomi, fisiologi dan prosedur klinikal.
Pemikiran analitikal dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Perhatian terhadap perincian dan ketepatan dalam dokumentasi dan pengurusan data.
Khusus
Kemahiran dalam pelbagai sistem pengkodan.
Kompetensi dalam mengekalkan kerahsiaan serta keselamatan data rekod pesakit.
Kompetensi dalam mengurus dan menyelenggara rekod perubatan yang tepat.
Kompetensi dalam menjalankan audit pengkodan klinikal dan menyertai latihan jurukod.
Kompetensi dalam mentafsir dokumentasi klinikal dan naratif mengikut garis panduan pengkodan.
Kompetensi dalam menyokong pelaporan maklumat kesihatan serta aktiviti pematuhan.
Pengetahuan dalam Electronic Medical Records (EMR) dan sistem informatika kesihatan.
Pengetahuan dalam istilah perubatan dan standard dokumentasi kesihatan.
Pengetahuan dalam piawaian pengkodan tempatan dan antarabangsa serta keperluan peraturan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.