- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2825
Profesional Kerja Sosial dan Kaunseling
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2825-05
Bandingkan
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9 merancang, menyelaras, melaksana dan memantau penubuhan dan perluasan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Permata Perpaduan (TPP). Mengesan dan mengumpul maklumat/data iklim perpaduan, isu-isu sensitif keagamaan dan bertindak terhadap isu-isu yang boleh mengancam keselamatan negara, merangka dan melaksanakan program/aktiviti yang mampu mencegah, mencelah dan memulih keadaan yang menggugat keselamatan negara khasnya dan komuniti setempat amnya. Berusaha mempertingkatkan kesefahaman masyarakat setempat terhadap kepentingan integrasi nasional, patriotisme dan hubungan antara etnik berlandaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Memberi perkhidmatan biopsikososial kepada pesakit semasa proses rawatan dan pemulihan serta membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Tugasan
Membantu merancang dasar, garis panduan, pelan strategik, dan bajet bagi pengurusan RT/SRS, perkhidmatan psikologi, kaunseling, pembangunan masyarakat, dan program Bina Negara.
Menjalankan penilaian biopsikososial, penilaian psikologi, penilaian sosial, serta menyediakan laporan penilaian, sosioekonomi, dan pemantauan untuk pegawai perubatan, agensi, dan pihak berkepentingan lain.
Memberi perkhidmatan intervensi psikologi, psikoterapi, kaunseling, terapi sokongan, dan bantuan praktikal untuk pembangunan, pencegahan, pemulihan, serta kesejahteraan pesakit.
Memantau isu/konflik, menganalisa Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) dan Indeks Toleransi Agama, serta membina Kumpulan Mediator Komuniti untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian masyarakat.
Merancang, menyelaras, melaksanakan, dan menilai program perpaduan, aktiviti silang budaya, pendidikan Rukun Negara, dan integrasi nasional.
Membuat perancangan discaj, lawatan rumah pesakit, pengurusan rawatan lanjutan, sokongan kewangan, penginapan, penempatan institusi, serta Tindakan susulan selepas discaj.
Memberi khidmat runding, konsultasi, dan berbincang dengan pegawai perubatan, pakar, GO, NGO, dan pihak berkepentingan lain, termasuk berperanan sebagai pegawai perantaraan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan dalam memahami senario politik.
Berkebolehan dalam pengucapan awam dan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberi penerangan, penjelasan dan nasihat mengenai hal-hal berkaitan dengan hubungan etnik, budaya, adat resam dan pantang-larang dalam masyarakat pelbagai kaum.
Berkebolehan menilai dan menganalisa isu-isu perpaduan.
Berkemahiran dalam penggunaan pelbagai perisian seperti Microsoft Office, Microsoft Excel, Sistem Pembangunan Maklumat RT dan e-sepakat.
Kebolehan dalam protokol dan etiket sosial di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Mempunyai ketahanan dan kemahiran mengawal emosi dalam ketegangan hubungan masyarakat setempat.
Khusus
Berkebolehan dalam akta dan undang-undang berkaitan seperti Peraturan Perlu RT 1975, Akta Darurat 1969, Kanun Jenayah dan kuasa-kuasa polis dalam SRS.
Berkebolehan dalam mediasi dan risikan keselamatan komuniti.
Berpengetahuan dan berkebolehan mengenai konsep-konsep perpaduan seperti asimilasi, akomodasi, amalgamasi dan integrasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.