Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2825-02
Bandingkan
Kaunselor menyediakan bimbingan profesional untuk membantu individu menguruskan cabaran emosi, psikologi, akademik atau kerjaya. Mereka menilai keperluan klien, menjalankan sesi kaunseling, membangunkan strategi rawatan dan daya tindak, dan menawarkan pelan sokongan yang disesuaikan, di samping mempromosikan kesedaran kesihatan mental dan merujuk klien kepada perkhidmatan tambahan apabila perlu.
Tugasan
Menilai keperluan emosi, psikologi, akademik, atau kerjaya klien menggunakan temu bual atau alat penilaian.
Mengenal pasti intervensi kaunseling yang sesuai berdasarkan keperluan dan isu yang dihadapi oleh klien.
Menjalankan sesi kaunseling secara individu atau berkumpulan.
Membangunkan dan melaksanakan pelan sokongan serta daya tindak yang disesuaikan.
Memberikan psikoedukasi kepada klien dan keluarga mereka.
Mengekalkan rekod kes yang tepat dan sulit.
Menyemak dan menyesuaikan pelan sokongan secara berkala bersama klien.
Menyelaras dengan profesional kesihatan dan perkhidmatan sosial serta merujuk klien kepada perkhidmatan tambahan apabila perlu.
Menganjurkan bengkel atau seminar untuk mempromosikan kesedaran kesihatan mental.
Kemahiran
Asas
Empati dan kepekaan interpersonal.
Kebolehan untuk bekerja dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang.
Kerahsiaan dan pematuhan kepada piawaian etika.
Komunikasi yang berkesan dan kemahiran mendengar secara aktif.
Penyelesaian masalah yang kompleks dan membuat kepurusan yang tepat.
Khusus
Kecekapan dalam dokumentasi kes dan pengurusan rekod sulit.
Kecekapan dalam penilaian klien dan tafsiran alat penilaian.
Kecekapan dalam teknik kaunseling dan terapeutik.
Keupayaan untuk mempertimbangkan faktor budaya dan sosial dalam kaunseling.
Keupayaan untuk mengaplikasikan teknik kaunseling dengan berkesan.
Pengetahuan dalam keadaan kesihatan mental, strategi daya tindak, dan laluan rujukan.
Pengetahuan dalam piawaian etika dan perundangan bagi amalan kaunseling di Malaysia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.