- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2825
Profesional Kerja Sosial dan Kaunseling
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2825-06
Bandingkan
Pegawai Antidadah Gred S9 bertanggungjawab dalam memimpin bahagian dalam mencapai misi, visi dan objektif organisasi, merancang, membantu dan menggerak dasar serta memastikan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan berkaitan dadah.
Tugasan
Memastikan pelaksanaan dasar, pencapaian matlamat, dan keberkesanan semua program pemulihan, pencegahan, dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
Merancang, menyelia, dan mengendalikan program pemulihan di institusi, termasuk pengurusan penghuni, aktiviti operasional, kewangan, pentadbiran, dan prestasi organisasi.
Mengurus program pemulihan di komuniti, melibatkan klien, NGO, agensi kerajaan, dan program pencegahan penagihan semula.
Merancang, menyelaras, dan melaksanakan program pencegahan dadah di semua peringkat, termasuk pendidikan, publisiti, intervensi, dan pengurusan prestasi.
Menganalisis dan memberi bimbingan penguatkuasaan undang-undang, menilai keberkesanan, dan menggerakkan operasi pencegahan serta penguatkuasaan.
Menyusun, mengarah, dan mengawal aktiviti organisasi untuk memastikan dasar dan program dilaksanakan dengan cekap, serta pembahagian tugas berkesan.
Memantau, menilai, dan menganalisis prestasi program untuk penambahbaikan kualiti dan produktiviti.
Bekerjasama dengan agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, dan pihak berkepentingan untuk kelancaran program.
Meningkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan melalui latihan, bimbingan, dan penambahbaikan berterusan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan mewujudkan jaringan integrasi dan komunikasi dengan agensi lain bagi kerjasama program serta perkongsian maklumat melalui ICT.
Berkeupayaan mengaplikasi, mengembleng dan mensintesis pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas.
Berkeupayaan menyumbang idea selaras dengan pengetahuan dan pengalaman kerja dalam membangunkan program.
Kebolehan intelektual melibatkan kapasiti kognitif, kebijaksanaan pengalaman, kebijaksanaan kontekstual dan kebolehan penyesuaian diri dengan situasi.
Memimpin dan memberi bimbingan pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai bawahan.
Mempunyai kefahaman strategik pengurusan dan keupayaan mempertingkatkan sistem pengurusan sejajar dengan era globalisasi.
Mempunyai kekuatan melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan fungsi jawatan yang diamanahkan.
Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan bagi melaksanakan program di dalam institusi dan komuniti.
Menganalisis secara kuantitatif terhadap semua program yang dilaksanakan.
Khusus
Berkebolehan memahami secara profesional serta menguasai peraturan, kaedah dan akta berkaitan dengan dadah.
Berkebolehan menggubal dan mencadangkan perubahan dalam akta secara cekap dan tepat.
Pengetahuan dan kemahiran mengendalikan program pemulihan dalam komuniti dan program pencegahan.
Pengetahuan dan kemahiran perundangan terutama berkaitan dengan undang-undang dadah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.