Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2522-09
Bandingkan
Pegawai Sistem Maklumat Geografi mengurus dan menganalisis data geospatial untuk menyokong proses membuat keputusan organisasi. Mereka mengumpul, mentafsir dan menyelenggara maklumat geografi, menghasilkan peta digital dan melaksanakan analisis spatial untuk memaklumkan perancangan dan operasi dalam bidang seperti pembangunan bandar, pengurusan alam sekitar, infrastruktur dan telekomunikasi.
Tugasan
Membangunkan dan menyelenggara pangkalan data geografi untuk memastikan maklumat spatial yang tepat dan terkini.
Mengumpul dan mengesahkan data spatial menggunakan Sistem Penentududukan Global (GPS), dron dan teknologi penderiaan jauh.
Menganalisis dan mentafsir data spatial dan bukan spatial untuk menyokong proses perancangan dan pembuatan keputusan.
Menghasilkan peta, model spatial dan output kartografi untuk tujuan pelaporan dan pembentangan.
Menyokong perancangan bandar, kajian alam sekitar dan projek infrastruktur menggunakan maklumat Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Mengintegrasi dan menyeragamkan pelbagai set data ke dalam format yang menyeluruh untuk analisis spatial.
Melatih pasukan dalaman mengenai penggunaan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan amalan terbaik.
Menyelenggara perkakasan, perisian dan konfigurasi Sistem Maklumat Geografi (GIS), serta melaksanakan sandaran dan penyelesaian masalah untuk memastikan kebolehpercayaan sistem dan akses rangkaian.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mentafsir dan menganalisis data spatial.
Kebolehan pengurusan masa dan pelbagai tugasan.
Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritis.
Komunikasi yang berkesan dan mendengar secara aktif.
Perhatian tehadap butiran dan ketepatan.
Khusus
Kecekapan dalam pembangunan dan automasi aplikasi serta aliran kerja Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Kecekapan dalam penderiaan jauh dan teknik pemprosesan imej geospatial.
Kecekapan dalam pentadbiran Sistem Maklumat Geografi (GIS), penyelesaian masalah dan sokongan teknikal.
Kecekapan dalam perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Keupayaan untuk mengumpul data berasaskan Sistem Penentududukan Global (GPS) dan menjalankan pemetaan lapangan.
Pengetahuan dalam pengkomputeran awan dan penyelesaian penyimpanan data geospatial.
Pengetahuan dalam pengurusan pangkalan data spatial dan Structured Query Language (SQL).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.