Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2522-11
Bandingkan
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.
Tugasan
Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisis, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi.
Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas.
Mengurus dan menggembleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan.
Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.
Kemahiran
Khusus
Pengetahuan, kemahiran dan kepakaran mendalam dalam perkakasan, peralatan dan sistem komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.