Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2411-11
Bandingkan
Juruaudit Gred W9 bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Mengetuai Seksyen Audit.
Membantu Ketua Juruaudit merancang, mengurus serta menyelesaikan pengauditan kewangan/ pengurusan/ prestasi selaras dengan kehendak Akta Audit 1957 dan arahan Ketua Audit Negara.
Menyedia Memorandum Rancangan Audit dan Program Audit untuk projek pengauditan prestasi dan pengurusan agensi yang akan dijalankan.
Menyemak Memorandum Rancangan Audit (MRA) yang disediakan oleh FAS.
Menjalankan pengauditan kewangan/ pengurusan kewangan/prestasi mengikut rancangan dan program audit yang telah ditetapkan.
Penyediaan kertas kerja dan laporan berkaitan.
Menyediakan pemerhatian audit dan tindakan susulan.
Menyediakan draf Laporan Audit Badan Berkanun Persekutuan mengenai akaun yang telah diaudit.
Menjalankan pengauditan prestasi, pengurusan kewangan, pengauditan penyata kewangan, anak angkat dan penampilan Audit.
Menyediakan pemerhatian serta draf laporan audit.
Menyediakan rancangan audit dan anggaran belanjawan tahunan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat, mengemukakan hujah dan menulis laporan.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang, peraturan kewangan dan standard perakaunan yang diterima umum.
Berkebolehan menganalisa penyata kewangan dan laporan berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.