Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2411
Bandingkan
Akauntan dan Juruaudit merancang, mengatur dan mentadbir sistem perakaunan serta memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi individu dan pertubuhan untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur perakaunan yang ditetapkan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan.
Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan polisi serta sistem perakaunan lain.
Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain.
Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.
Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai.
Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan.
Menyediakan kos projek dan analisis risiko.
Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/ kawalan kos.
Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberi nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan.
Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.