Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2412
Bandingkan
Penasihat Kewangan dan Pelaburan membangunkan rancangan kewangan untuk individu dan organisasi dan melabur serta menguruskan dana bagi pihak mereka.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menganalisis profil kewangan syarikat untuk tujuan membuat cadangan pelaburan.
Membangunkan dan menyelenggara pangkalan data pelanggan.
Menemu duga pelanggan untuk menentukan status dan objektif kewangan, risiko yang boleh terubah suai, dan maklumat lain yang diperlukan untuk perancangan strategi kewangan dan pelaburan.
Mengawasi dan menyelaraskan aktiviti perbendaharaan seperti pertukaran mata-wang asing, pasaran wang, dan transaksi bon.
Mengatur pembelian dan penjualan saham dan bon untuk pelanggan.
Memantau prestasi pelaburan dan menyemak semula rancangan pelaburan berdasarkan keperluan yang boleh terubah suai dan perubahan dalam pasaran.
Membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai hartanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.