- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
241
Profesional Kewangan
Kumpulan Unit
2411
Akauntan dan Juruaudit
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2411-04
Bandingkan
Pengawal Kewangan menyelia dan mengurus operasi kewangan sesebuah organisasi bagi memastikan ketepatan serta pematuhan terhadap piawaian perakaunan, peraturan percukaian dan keperluan statutori. Mereka bertanggungjawab terhadap perancangan kewangan, penyediaan bajet, peramalan dan pelaporan kewangan, memantau aliran tunai serta pelaburan, melaksanakan sistem kewangan dan kawalan dalaman, serta menyediakan analisis bagi menyokong pembuatan keputusan strategik. Peranan ini juga merangkumi memimpin pasukan kewangan, berurusan dengan juruaudit dan pihak pengawal selia, serta menyampaikan prestasi kewangan dan hal tadbir urus kepada pengurusan kanan dan Lembaga Pengarah.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan strategi, pelan dan kawalan kewangan untuk menyokong matlamat organisasi serta prestasi perniagaan jangka panjang.
Menyelia proses penyediaan bajet dan peramalan kewangan, serta memantau pelaksanaan pelan kewangan.
Menyediakan dan menyemak penyata kewangan bulanan, suku tahunan dan tahunan mengikut piawaian perakaunan serta keperluan kawal selia dan statutori.
Memantau dan menganalisis prestasi kewangan, serta menyediakan input kewangan bagi menyokong pembuatan keputusan pengurusan.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan percukaian, termasuk perancangan cukai, pelaporan dan pemfailan statutori.
Mengurus proses audit dalaman dan luaran, serta melaksanakan cadangan audit untuk memperkukuh kawalan kewangan dan tadbir urus.
Menyelia operasi perakaunan dan perbendaharaan, termasuk pelaporan kewangan, kawalan akaun dan pengurusan tunai.
Memantau aliran tunai dan modal kerja untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan kecairan.
Mengenal pasti peluang penjimatan kos dan mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan kewangan serta pengurusan risiko.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk mentafsir data kewangan dan menyokong proses membuat keputusan kewangan.
Kemahiran komunikasi dan pembentangan yang berkesan untuk melaporkan maklumat kewangan dan menyelaras dengan pihak berkepentingan.
Kemahiran pengurusan organisasi dan masa yang kukuh untuk mengurus tarikh akhir dan pelbagai tugasan kewangan.
Pemikiran kritis dan pendengaran aktif untuk menilai maklumat dan membimbing prestasi pasukan.
Perhatian yang tinggi terhadap perincian dan ketepatan dalam menyediakan dan menyemak laporan kewangan.
Khusus
Kecekapan dalam menyediakan dan menganalisis laporan kewangan untuk menyokong keputusan perniagaan.
Kecekapan dalam pemodelan kewangan dan peramalan untuk perancangan strategik.
Kecekapan dalam perisian perakaunan dan pengurusan kewangan.
Kompetensi dalam audit dalaman dan pemantauan pematuhan.
Kompetensi dalam menyelia operasi perakaunan dan kewangan syarikat.
Kompetensi dalam pelaksanaan dan integrasi sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).
Kompetensi dalam penyediaan bajet, perancangan kewangan dan pengurusan sumber.
Pengetahuan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS).
Pengetahuan dalam undang-undang percukaian Malaysia dan peraturan audit.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2411-01
Akauntan
2411-02
Perunding Cukai
2411-03
Pengawal Kos
2411-04
Pengawal Kewangan
2411-05
Juruaudit
2411-06
Eksekutif Gaji
2411-07
Ajuster
2411-08
Juruaudit Industri Halal
2411-09
Pegawai Pematuhan
2411-10
Akauntan Gred WA9, WA10
2411-11
Juruaudit Gred W9
2411-12
Akauntan Gred WA12, WA13
2411-13
Akauntan Gred WA14
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.