Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2411-08
Bandingkan
Juruaudit Industri Halal merancang, mengatur dan mengurus aktiviti pengauditan dan pematuhan bagi memastikan produk, perkhidmatan dan proses dalam sektor halal mematuhi undang-undang pemakanan Islam dan peraturan tempatan. Mereka menjalankan pemeriksaan dan audit, mengesahkan dokumentasi, berhubung dengan badan pensijilan dan mengambil tindakan penguatkuasaan apabila perlu untuk mengekalkan integriti halal dan menyokong kepercayaan pengguna dan akses pasaran.
Tajuk Alternatif
Pegawai Penguatkuasaan (Industri Halal)
Tugasan
Menjalankan audit halal dalaman dan luaran ke atas premis, proses dan operasi bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian dan peraturan halal.
Memeriksa kemudahan pengeluaran, ramuan, bahan mentah dan proses pembuatan untuk mengesahkan status halal, kebersihan dan keperluan keselamatan.
Menyemak dokumentasi berkaitan halal, rekod pensijilan dan laporan audit untuk memastikan ketepatan, kelengkapan dan kesiapsiagaan pematuhan.
Mengesahkan status halal pembekal dan bahan serta memastikan dokumentasi sokongan adalah sah dan terkini.
Berhubung dengan pihak berkuasa pensijilan halal dan badan berkaitan lain mengenai pensijilan, pematuhan dan perkara kawal selia.
Mengenal pasti ketidakpatuhan semasa audit dan memulakan tindakan pembetulan, termasuk semakan susulan bagi memastikan penutupan ketakakuran.
Menyediakan dan mengemukakan dapatan audit terperinci, laporan pematuhan dan syor kepada pengurusan atau jawatankuasa halal.
Memberikan latihan dan program kesedaran kepada kakitangan mengenai prinsip, piawaian dan keperluan pematuhan halal.
Menjalankan siasatan dan memberikan nasihat mengenai risiko pematuhan, isu kawal selia dan syak wasangka ketidakpatuhan berkaitan piawaian halal.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk melaporkan penemuan dan berhubung dengan pihak berkepentingan.
Mendengar secara aktif untuk memahami operasi pelanggan dan input kakitangan.
Pemahaman tentang jaminan kualiti dan prisnsip undang-undang Syariah untuk mengekalkan intergriti Halal.
Pemikiran kritis untuk menilai dan menilai semula piawaian dan amalan Halal.
Perhatian yang tinggi terhadap butiran untuk mengenal pasti ketidakpatuhan dalam dokumentasi dan proses.
Khusus
Kecekapan dalam dokumentasi pematuhan dan sistem pengurusan audit.
Kecekapan dalam pengauditan halal dalaman dan luaran serta penilaian pematuhan.
Kecekapan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) dan sistem integriti halal.
Keupayaan untuk berhubung dengan badan pensijilan dan mengaplikasikan keputusan hukum berkaitan dalam perkara pematuhan halal.
Keupayaan untuk menilai pembekal dan rantaian bekalan bagi pematuhan halal.
Kompetensi dalam penilaian risiko dan pengurusan pematuhan dalam operasi halal.
Pengetahuan dalam piawaian halal Malaysia, proses pensijilan dan keperluan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.