- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
231
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2311-08
Bandingkan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13, DH14 (Tenaga Pengajardi Politeknik dan Kolej Komuniti)
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13, DH14 (Tenaga Pengajardi Politeknik dan Kolej Komuniti) bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek- aspek dan aktiviti-aktiviti seperti pengurusan pelajar, pengurusan organisasi, pengurusan dasar, penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat, jaringan dan kolaborasi, dan pengurusan sumber manusia.
Tugasan
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, termasuk mentafsir kurikulum, merancang aktiviti, menyediakan bahan, menyampaikan teori dan amali, menilai prestasi pelajar, dan menambah baik proses pengajaran secara berterusan.
Melaksanakan aktiviti kokurikulum, termasuk mentafsir kokurikulum, merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan, melaksanakan teori dan amali, menilai prestasi pelajar, dan menambah baik aktiviti.
Memberi bimbingan akademik sebagai penasihat pelajar untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang.
Mengurus pengambilan dan penempatan pelajar, termasuk pemantauan, kawalan selia, dan pengurusan hal ehwal akademik dan kebajikan pelajar seperti disiplin, bantuan kewangan, latihan industri, dan pengurusan asrama.
Melaksanakan pengurusan kualiti dan pengurusan organisasi, termasuk kemudahan, aset, infrastruktur, peralatan, perisian ICT, serta penglibatan dalam jawatankuasa dalaman atau industri.
Melaksanakan dasar pembangunan modal insan dan pelan strategik institusi, termasuk penambahan akses pendidikan, pembangunan program, kurikulum, kokurikulum, infrastruktur, kemudahan peralatan, dan tenaga pengajar.
Melaksanakan dan memantau aktiviti penyelidikan, pengkomersilan, penerbitan, dan khidmat nasihat, termasuk kajian, inovasi, penerbitan kertas kerja, serta penyelaras program dan dana penyelidikan.
Mengurus jaringan dan kolaborasi dengan industri dan masyarakat, termasuk memorandum persefahaman, latihan, dialog, seminar, forum, khidmat nasihat, kerjasama penyelidikan, aktiviti promosi, dan penyertaan dalam jawatankuasa serta program kemasyarakatan.
Memberi khidmat perundingan atau nasihat profesional kepada pihak industri, agensi luar, atau kementerian dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan projek.
Mengurus sumber manusia dan pembangunan staf, termasuk pengambilan, penempatan, pembangunan kerjaya, persaraan, latihan, tatatertib, kebajikan anggota, coaching, mentoring, dan penyelenggaraan pangkalan data organisasi.
Kemahiran
Asas
Kepimpinan dan penyeliaan.
Komunikasi.
Khusus
Bimbingan dan kaunseling.
Kemahiran ICT.
Pengurusan dan pentadbiran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2311-01
Pensyarah
2311-02
Pensyarah Universiti Gred DS11
2311-03
Pensyarah Perubatan Gred DU13P
2311-04
Pensyarah Pergigian Gred DUG13P
2311-05
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-06
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-07
Pensyarah Farmasi Gred DUF11
2311-08
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13, DH14 (Tenaga Pengajardi Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-09
Pensyarah Kanan (Universiti) Gred DS13
2311-10
Profesor Madya (Universiti) Gred DS14
2311-11
Pensyarah Perubatan Gred DU13
2311-12
Pensyarah Perubatan Gred DU14, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I
2311-13
Pensyarah Kanan (Pergigian) Gred DUG13
2311-14
Profesor Madya (Pergigian) Gred DUG14
2311-15
Pensyarah Farmasi Gred DUF13
2311-16
Pensyarah Farmasi Gred DUF14
2311-17
Profesor (Universiti) Gred Khas C, Khas B, Khas A
2311-18
Pensyarah Perubatan Gred DU15
2311-19
Profesor (Pergigian) Gred Khas C, Khas B, Khas A
2311-20
Pensyarah Farmasi Gred Khas C
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.