- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
231
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2311-04
Bandingkan
Pensyarah Pergigian Gred DUG13P
Pensyarah Pergigian Gred DUG13P bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan/ pergigian.
Tugasan
Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah adalah 20% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 50% untuk pengajaran dan penyeliaan, 5% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 5% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti dan 10% untuk khidmat kepada masyarakat.
Menjalankan penyelidikan bagi memperluaskan pengetahuan dan menyokong pengajaran yang lebih terkini serta berkesan.
Menerbitkan hasil penyelidikan.
Melaksanakan pengajaran rasmi sebagai tugas hakiki staf akademik.
Menyelia projek akhir dan latihan amali pelajar.
Menyumbang kepada sanjungan dan kepimpinan akademik, termasuk penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakaran, sama ada berbayar atau tidak berbayar.
Memegang jawatan pentadbiran universiti, seperti Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras.
Menyumbang kepada pembangunan universiti berdasarkan kepakaran dan keupayaan individu.
Memberikan khidmat kepada masyarakat di luar universiti dalam aktiviti bukan akademik.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2311-01
Pensyarah
2311-02
Pensyarah Universiti Gred DS11
2311-03
Pensyarah Perubatan Gred DU13P
2311-04
Pensyarah Pergigian Gred DUG13P
2311-05
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-06
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-07
Pensyarah Farmasi Gred DUF11
2311-08
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13, DH14 (Tenaga Pengajardi Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-09
Pensyarah Kanan (Universiti) Gred DS13
2311-10
Profesor Madya (Universiti) Gred DS14
2311-11
Pensyarah Perubatan Gred DU13
2311-12
Pensyarah Perubatan Gred DU14, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I
2311-13
Pensyarah Kanan (Pergigian) Gred DUG13
2311-14
Profesor Madya (Pergigian) Gred DUG14
2311-15
Pensyarah Farmasi Gred DUF13
2311-16
Pensyarah Farmasi Gred DUF14
2311-17
Profesor (Universiti) Gred Khas C, Khas B, Khas A
2311-18
Pensyarah Perubatan Gred DU15
2311-19
Profesor (Pergigian) Gred Khas C, Khas B, Khas A
2311-20
Pensyarah Farmasi Gred Khas C
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.