Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-12
Bandingkan
Pensyarah Perubatan Gred DU14, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I
Pensyarah Perubatan Gred DU14, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan.
Tugasan
Menjalankan segala tugas pengajaran yang telah ditetapkan di peringkat ijazah pertama dan memberi pengajaran dalam bidang pengkhususan kecil di peringkat ijazah tinggi.
Menjalankan tugas mengajar mengikut jadual dan beban tugas pengajaran yang ditetapkan, menyediakan dan memeriksa skrip peperiksaan, mengawasi peperiksaan, serta menjadi penasihat akademik kepada pelajar.
Memastikan prestasi pengajaran mencapai sekurang-kurangnya skor 4.2 daripada 6.0 dalam penilaian oleh pelajar bagi setiap kursus yang diajar.
Memainkan peranan aktif dalam semua aspek penyelidikan termasuk mencari masalah, menulis cadangan, mengurus projek penyelidikan, melaksanakan projek, dan menyampaikan keputusan melalui penerbitan jurnal dan persidangan.
Menerbitkan sekurang-kurangnya satu artikel penyelidikan dalam jurnal bertaraf ISI setiap tahun.
Menyelia calon ijazah sarjana/kedoktoran sehingga menamatkan pengajian.
Terlibat dalam sekurang-kurangnya satu projek perundingan setiap tahun dalam bidang kepakaran masing-masing.
Menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk kebaikan masyarakat dan negara melalui perundingan, rawatan pesakit, dan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum memulakan tugas klinikal di pusat perubatan atau hospital.
Menjalankan tugas pentadbiran berkaitan kursus atau program serta memberi sokongan kepada polisi dan prosedur universiti untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat dan khidmat nasihat dengan baik.
Khusus
Berkebolehan menggunakan pelbagai perisian yang berkaitan dengan tugas.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai kemahiran dalam penggunaan peralatan yang berkaitan dengan bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.