Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-10
Bandingkan
Profesor Madya (Universiti) Gred DS14
Profesor Madya (Universiti) Gred DS14 bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Tugasan
Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Profesor Madya adalah sebanyak 35% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 30% untuk pengajaran dan penyeliaan, 10% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 10% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti dan 5% untuk khidmat kepada masyarakat.
Melaksanakan penyelidikan dan penerbitan, termasuk memperluaskan bidang pengetahuan, menyumbang kepada pengajaran yang lebih berkesan, dan menerbitkan artikel atau jurnal akademik.
Melaksanakan pengajaran dan penyeliaan, termasuk mengajar, merancang aktiviti pengajaran, menyediakan bahan, menyelia projek tahun akhir atau latihan amali, menilai prestasi pelajar, dan menambah baik proses pengajaran secara berterusan.
Melaksanakan sanjungan dan kepimpinan akademik, termasuk meraih anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberi perundingan, termasuk menyediakan khidmat dalam bidang kepakaran, projek berbayar atau tidak berbayar, serta projek berbentuk khidmat kepada masyarakat.
Melaksanakan khidmat kepada universiti berasaskan jawatan pentadbiran, termasuk Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras.
Melaksanakan khidmat kepada universiti berasaskan keupayaan dan kepakaran individu.
Melaksanakan khidmat kepada masyarakat, termasuk penglibatan dalam aktiviti bukan akademik di luar universiti.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan dengan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.