Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-02
Bandingkan
Pensyarah Universiti Gred DS11
Pensyarah Universiti Gred DS11 bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Tugasan
Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah adalah sebanyak 20% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 50% untuk pengajaran dan penyeliaan, 5% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 5% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti dan 10% untuk khidmat kepada masyarakat.
Menjalankan penyelidikan untuk memperluaskan ilmu pengetahuan dan menyokong pengajaran yang lebih terkini dan berkesan.
Menerbitkan hasil penyelidikan.
Melaksanakan pengajaran rasmi sebagai tugas hakiki staf akademik.
Menyelia projek tahun akhir dan latihan amali pelajar.
Menyumbang kepada kepimpinan akademik dan meraih anugerah, termasuk penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakaran, sama ada berbayar atau tidak berbayar.
Memegang jawatan pentadbiran universiti, seperti Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras.
Menyumbang kepada aktiviti dan perancangan universiti berdasarkan kepakaran individu.
Memberikan khidmat kepada masyarakat di luar universiti dalam bidang bukan akademik.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.