- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2269-04
Bandingkan
Penolong Pegawai Perubatan Gred U9
Penolong Pegawai Perubatan Gred U9 bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Memberi rawatan kuratif, preventif pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan, memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran, institusi- institusi wad dan program-program lain.
Tugasan
Berupaya mentafsir sesuatu arahan prosedur kepakaran serta menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan tersebut mengikut tahap pengkhususan kepakarannya seperti yang terdapat dalam Standard Operating Procedure (SOP) bagi amalan Pembantu Perubatan.
Melaksanakan penyaringan pesakit mengikut keutamaan kes.
Merawat kes kecemasan dengan cara yang paling berkesan, selamat dan mengikut prosedur, protokol dan mematuhi akta serta peraturan sedia ada.
Menilai status kesihatan yang meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan, ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan.
Mengendalikan aktiviti-aktiviti mengenai rawatan penyakit tidak berjangkit (seperti Diabetis, CVD, Asma dan lain-lain)/ penyakit berjangkit (TB, Avian Flu, SARS dan lain-lain).
Mendokumentasikan segala prosedur klinikal yang dijalankan dan membuat laporan hasil rawatan.
Mencari pendekatan penambahbaikan dan inovasi dalam rawatan pesakit.
Melaksanakan audit piawaian amalan Pembantu Perubatan dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Melaksanakan kawalan infeksi, keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja mengikut SOP dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) Tahun 1994.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.