Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2269-02
Bandingkan
Juru X-Ray Gred U9 bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan, menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.
Tugasan
Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
Membuat persediaan dan keperluan serta penjagaan untuk semua pemeriksaan pesakit.
Menghasilkan, menilai imej dan radiograf, serta menilai keabnormalan anatomi dan struktur dalam imej dan radiografi serta mencadangkan projeksi tambahan.
Memberikan perlindungan sinaran kepada semua pesakit dan semua yang terlibat.
Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
Menyediakan risalah pendidikan dan persediaan pesakit untuk pemeriksaan radiografi am dan khas.
Menyelaraskan aktiviti penyelidikan yang dikenal pasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.