Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2172-04
Bandingkan
Superintenden Marin (Dek) menyelia dan mengurus operasi marin bagi sekumpulan kapal, bagi memastikan operasi yang selamat, cekap dan mematuhi peraturan. Peranan ini merangkumi pelaksanaan pemeriksaan dan audit, memastikan prestasi kapal serta kelayakan pelayaran sentiasa terpelihara, mengurus protokol keselamatan dan operasi, serta memastikan pematuhan terhadap jadual operasi dan kecekapan kos. Mereka juga berperanan sebagai penghubung utama antara kakitangan di atas kapal dengan pengurusan di darat bagi memastikan komunikasi dan operasi berjalan lancar.
Tugasan
Memastikan kapal mematuhi peraturan maritim antarabangsa dan tempatan serta bersedia untuk pemeriksaan dan audit.
Berhubung dengan kapten kapal untuk menguatkuasakan dasar syarikat dan prosedur keselamatan.
Menyelia keselamatan navigasi dan operasi kapal bagi memastikan prestasi armada yang selamat dan cekap.
Menyemak dan mengemas kini sistem pengurusan keselamatan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian operasi.
Memantau kesiapsiagaan kru dan pematuhan pensijilan, serta menyokong penyelarasan latihan apabila diperlukan.
Menyelaras kerja dok kering, pembaikan, dan penyenggaraan untuk mengekalkan kelayakan pelayaran dan kesiapsiagaan operasi kapal.
Menyiasat insiden dan melaksanakan tindakan pembetulan apabila diperlukan.
Menilai prestasi kapal dan mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan operasi.
Menyelenggara rekod kapal dan dokumentasi berkanun dengan tepat untuk tujuan pematuhan, pemeriksaan, dan audit.
Menyelaras keselamatan kapal, hal operasi, dan komunikasi antara kapal dengan pengurusan darat bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Kemahiran
Asas
Kemahiran kepimpinan yang kukuh untuk memimpin serta menyelaras anak kapal dan pihak berkepentingan dengan berkesan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk operasi kapal yang cekap.
Ketelitian terhadap butiran bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan peraturan.
Komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan,termasuk dalam konteks pelbagai budaya dan bahasa.
Pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah untuk menangani cabaran operasi.
Khusus
Keupayaan untuk melaksanakan pemeriksaan keselamatan kapal, audit pematuhan, dan semakan dokumentasi berkanun.
Keupayaan untuk menyelaras secara berkesan dengan kru kapal, pasukan teknikal, dan pengurusan darat bagi memastikan operasi kapal yang selamat dan cekap.
Keupayaan untuk menyemak pelan navigasi dan pergerakan kapal menggunakan perisian navigasi dan data operasi.
Kompetensi dalam kepimpinan operasi dan perintah di atas kapal dalam operasi kapal komersial.
Kompetensi dalam menyelia operasi kapal dan keselamatan navigasi melalui sistem navigasi elektronik dan komunikasi.
Kompetensi dalam penyiasatan insiden marin dan analisis punca akar untuk penambahbaikan keselamatan dan operasi.
Pengetahuan dalam penyenggaraan kapal, proses pembaikan, dan pengurusan dok kering.
Pengetahuan dalam peraturan maritim antarabangsa.
Pengetahuan dalam sistem pengurusan keselamatan di atas kapal dan pelaksanaan prosedur keselamatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.