- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
162
Pengurus Perkhidmatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1622-04
Bandingkan
Pengurus Air Sisa
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Pengurus Air Sisa bertanggungjawab merancang, mereka bentuk dan menyelia operasi sistem air sisa dan pembetungan, termasuk loji rawatan dan infrastruktur yang berkaitan. Mereka memastikan proses rawatan mematuhi peraturan alam sekitar, mengoptimumkan operasi, mengurus penyelenggaraan dan kakitangan, mengawal bajet dan menyelaras dengan pihak berkuasa kawal selia dan pihak berkepentingan untuk mengekalkan pengurusan air sisa yang selamat dan cekap.
Tugasan
Merancang, mengarah, dan menyelaras operasi harian rawatan air sisa dan perkhidmatan berkaitan.
Menyelia dan menilai proses rawatan air sisa untuk memastikan kecekapan operasi dan pematuhan peraturan.
Memimpin dan menyelia kakitangan termasuk perancangan tenaga kerja, latihan, dan pengurusan prestasi.
Menyelia penyelenggaraan, pembaikan, dan operasi peralatan serta kemudahan rawatan dengan betul.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar dan berhubung dengan pihak berkuasa kawal selia.
Menyediakan dan mengawal bajet, memantau perbelanjaan, dan mengagihkan sumber dengan berkesan.
Berhubung dan berunding dengan pembekal, kontraktor, dan pihak berkepentingan berkaitan.
Melaksanakan penambahbaikan proses untuk mengoptimumkan kecekapan operasi.
Menyediakan laporan operasi dan pematuhan untuk pengurusan dan pihak berkuasa.
Kemahiran
Asas
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan yang kukuh untuk menyelia operasi dan kakitangan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan dan pihak berkepentingan.
Kemahiran organisasi,pemantauan dan pengurusan masa untuk menyelia pelbagai tugasan.
Pemikiran analitikal dan kemahiran penyelesaian masalah untuk menangani isu operasi dan teknikal.
Pengetatahuan tentang peraturan alam sekitar dan sistem asas sisa air atau pembentungan,dengan literasi asas komputer.
Khusus
Kecekapan dalam proses rawatan air sisa termasuk dos kimia dan pengoptimuman operasi.
Kecekapan dalam sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) untuk pemantauan dan automasi proses.
Pengetahuan dalam pengendalian bahan berbahaya dan prosedur keselamatan.
Pengetahuan dalam pengurusan loji, peralatan, dan kemudahan sistem rawatan air sisa.
Pengetahuan dalam penilaian impak alam sekitar dan langkah mitigasi.
Pengetahuan dalam penyediaan dan pengurusan laporan serta dokumentasi kawal selia.
Pengetahuan dalam penyeliaan kakitangan dan pengurusan prestasi tenaga kerja.
Pengetahuan dalam perancangan bajet dan kawalan kewangan bagi operasi air sisa.
Pengetahuan dalam peraturan Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan keperluan pematuhan alam sekitar.
Pengetahuan dalam protokol kesihatan, keselamatan, dan operasi di kemudahan rawatan kumbahan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.