Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1622
Bandingkan
Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Diri, Pembersihan, dan yang Berkaitan
Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Diri, Pembersihan, dan yang Berkaitan merancang, mengarah dan menyelaras operasi pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan diri, pembersihan, pengemasan, sanitari dan pembentungan, atau perkhidmatan yang seumpamanya.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan diri, pembersihan, sanitari dan pembentungan, dan operasi yang berkaitan.
Memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Mengawal perbelanjaan.
Menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja yang berkaitan.
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam perusahaan atau dengan agensi luar.
Merancang dan melaksanakan dasar.
Menyediakan anggaran bajet.
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain.
Merancang dan mengawal penggunaan sumber, dan pengambilan pekerja.
Melapor kepada pemilik, jika perlu.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.