Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1623
Bandingkan
Pengurus Keselamatan
Pengurus Keselamatan merancang, mengarah dan menyelaras operasi pertubuhan berhubung dengan aspek keselamatan.
Tugasan
Merancang, merumus dan menguatkuasakan dasar dan peraturan keselamatan.
Memantau keseluruhan pengawasan keselamatan.
Bertanggungjawab atas pengurusan keseluruhan personel keselamatan dalam syarikat.
Menyemak mana-mana prosedur atau arahan yang melibatkan aspek keselamatan untuk memastikan semua kakitangan benar-benar terlatih untuk mencapai keselamatan maksimum.
Menguatkuasakan disiplin yang ketat dan melaksanakan siasatan dalam mana-mana hal disiplin antara kakitangan.
Menangani dan menyelesaikan isu keselamatan dengan segera, berkesan, dan bebas.
Menyokong, menggalakkan dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada pasukan undang-undang.
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain.
Merancang dan mengawal penggunaan sumber, dan pengambilan pekerja.
Melapor kepada pemilik, jika perlu.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.