Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1616
Bandingkan
Pengurus Cawangan Perkhidmatan Kewangan dan Insurans
Pengurus Cawangan Perkhidmatan Kewangan dan Insurans merancang, mengawal dan menyelaras cawangan bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan insurans seperti bank, kesatuan kredit dan syarikat insurans bagi satu atau lebih cawangan, atau jabatannya.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pekerja di cawangan, pejabat, atau jabatan seperti.
Penubuhan cawangan bank, firma broker, jabatan risiko dan jabatan insurans, atau jabatan kredit.
Memantau aliran tunai dan instrumen kewangan.
Membina rangkaian dalam komuniti untuk mencari dan menarik perniagaan baru.
Meluluskan atau menolak, atau menyelaras kelulusan atau penolakan aliran kredit dan komersil, hartanah, dan pinjaman peribadi.
Menyediakan laporan kewangan dan pengawalaturan yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan, dan lembaga pengarah.
Menentukan prosedur untuk penjagaan dan kawalan aset, rekod, pinjaman, cagaran dan sekuriti untuk memastikan penyimpanan yang selamat.
Menguruskan dan membuat dasar institusi kewangan seperti bank, syarikat amanah, pertubuhan syarikat penyimpanan dan pinjaman, syarikat insurans, dan institusi kewangan yang berkaitan
Memeriksa, menilai dan memproses permohonan pinjaman.
Menyediakan penilaian operasi dalam laporan risiko untuk analisis pengurusan.
Menilai sistem laporan kewangan, prosedur perakaunan dan pemungutan serta aktiviti pelaburan, dan membuat saranan bagi perubahan prosedur, mengendalikan sistem, peruntukan bajet, dan fungsi kawalan kewangan lain.
Mengemukakan akaun culas kepada peguam atau agensi luar untuk pungutan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.