Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1615
Bandingkan
Pengurus Pendidikan
Pengurus Pendidikan merancang, mengawal, menyelaras dan menilai aspek-aspek pembelajaran dan pentadbiran pendidikan di sekolah rendah dan menengah, kolej dan fakulti, dan jabatan-jabatan di universiti dan institusi pendidikan yang lain.
Tugasan
Menentukan program pendidikan berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pendidikan dan badan pentadbiran.
Menilai kerja guru-guru dan pensyarah dengan melawat bilik darjah, memerhatikan kaedah pengajaran, mengkaji semula objektif pengajaran, dan memeriksa bahan-bahan pembelajaran.
Memantau penyelidikan pendidikan bagi penyediaan hala baru dalam sistem pendidikan.
Mewakili organisasi dalam jawatankuasa untuk mengenal pasti keperluan semasa dan akan datang mengenai sistem pendidikan serta merancang, membangunkan, dan mengubahsuai prasarana dan program.
Menguruskan penilaian bagi pendekatan dan pembangunan kursus baru.
Menganjurkan dan mengendalikan bengkel dan persidangan untuk melatih guru tentang program dan kaedah baru.
Mengaplikasikan dan menguruskan dana untuk program pendidikan baru.
Menguruskan proses tinjauan sekolah, penilaian guru, dan perancangan pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menyediakan dan memantau penyediaan laporan dan kertas maklumat.
Menguruskan peruntukan pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil, atau di dalam lingkungan institusi khusus.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.