- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
161
Pengurus Perkhidmatan Profesional
Kumpulan Unit
1617
Pengurus Perundangan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1617
Bandingkan
Pengurus Perundangan
Pengurus Perundangan merancang, mengawal dan menyelaras operasi pertubuhan berhubung dengan istilah, prosedur, dan dokumen perundangan.
Tugasan
Merancang, menganalisis dan memberi nasihat tentang peraturan operasi perniagaan syarikat adalah memenuhi keperluan perundangan, peraturan dan hak syarikat.
Menguruskan undang-undang luaran, jika perlu.
Memastikan perkembangan undang-undang yang memberi kesan kepada syarikat, pelanggan, dan industri kekal seiring serta mensintesis maklumat untuk disepadukan ke dalam amalan transaksi syarikat.
Mendidik eksekutif syarikat berhubung dengan isu pengurusan undang-undang dan risiko.
Mewakili syarikat dan berhubung terus kepada pelanggan dan pasukan rundingan.
Merumus, menyemak semula dan merundingkan pelbagai kontrak perjanjian.
Menyusun strategi dengan eksekutif syarikat sebelum rundingan dengan pelanggan.
Membangunkan dan memahami strategi pengurangan risiko bagi risiko kontraktual.
Membangunkan garis panduan dalaman dan pengetahuan tentang pelbagai isu perundangan dan perniagaan.
Mewujudkan pakar dalam bidang-bidang yang memberikan faedah kepada kumpulan undang- undang dan /atau perniagaan (misalnya, pakar undang-undang korporat, undang-undang persaingan, undang-undang guna tenaga, privasi data dan turutan perkhidmatan.
Menyokong, menggalakkan, dan memberikan inisiatif sebagai sebahagian daripada pasukan undang- undang.
Merancang dan melaksanakan dasar.
Menyediakan anggaran bajet.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1617-01
Pengurus Perundangan dan Pengurusan Risiko
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.