Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1613
Bandingkan
Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Orang Tua
Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Orang Tua merancang, mengawal dan menyelaras aktiviti perkhidmatan penjagaan individu dan keluarga yang disebabkan oleh faktor penuaan.
Tugasan
Menyediakan dasar dan membantu dalam pembangunan dana yang bersesuaian.
Bertanggungjawab memenuhi, memelihara dan memenuhi standard kualiti penjagaan dan perkhidmatan.
Merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan prasarana, pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan.
Merancang dan melaksanakan dasar.
Menyediakan anggaran bajet.
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain.
Merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia, dan pengambilan pekerja.
Menguruskan operasi harian.
Menasihati badan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan, dan kemudahan prasarana.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.