- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
161
Pengurus Perkhidmatan Profesional
Kumpulan Unit
1615
Pengurus Pendidikan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1615-03
Bandingkan
Pengetua
Pengetua merancang, mengarah dan menyelia fungsi pendidikan dan pentadbiran sekolah rendah dan menengah, kolej dan jabatan universiti. Mereka menyediakan kepimpinan akademik kanan, mengurus program akademik, pembangunan fakulti dan operasi operasi untuk memastikan kecemerlangan akademik, pematuhan dengan piawaian pendidikan dan pembangunan pelajar. Peranan ini juga melibatkan memupuk penglibatan komuniti dan bekerjasama dengan pemimpin pendidikan lain untuk menyelaraskan matlamat institusi dengan misi pendidikan yang lebih luas.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan pelan strategik sekolah selaras dengan misi dan visinya.
Menyelia reka bentuk, pelaksanaan, dan penilaian program pendidikan untuk memenuhi piawaian kebangsaan dan keperluan akreditasi.
Memimpin pengambilan, latihan, pembangunan, dan pengurusan prestasi tenaga pengajar bagi memupuk persekitaran akademik yang kolaboratif.
Menilai guru melalui pemerhatian bilik darjah, semakan kaedah pengajaran, dan penilaian bahan pembelajaran.
Mengurus bajet sekolah dan memperuntukkan sumber untuk menyokong program, kemudahan, dan aktiviti pelajar.
Menggalakkan dan menyokong inisiatif pembangunan pelajar termasuk aktiviti kokurikulum, kaunseling, dan bimbingan kerjaya.
Memastikan pematuhan kepada dasar pendidikan serta memimpin proses jaminan kualiti dan akreditasi.
Membina dan mengekalkan hubungan dengan ibu bapa, alumni, organisasi komuniti, dan pihak berkepentingan lain.
Membangunkan dan melaksanakan dasar sekolah berkaitan akademik, disiplin pelajar, dan prestasi kakitangan.
Mengendalikan situasi kecemasan dan krisis dengan langkah keselamatan dan komunikasi yang sesuai.
Kemahiran
Asas
Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah untuk menyokong pembuatan keputusan yang bermaklumat dan berkesan.
Kemahiran dan kepimpinan dan pengurusan untuk memimpin kakitangan akademik dan pentadbiran secara berkesan.
Kemahiran interpersonal untuk membina dan mengekalkan hubungan positif dengan kakitangan,pelajar,ibu bapa dan rakan kongsi.
Kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang jelas untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan dan mewakili sekolah.
Pemikiran strategik untuk merancang,melaksanakan dan mengawasi pembanggunan sekolah jangka panjang.
Khusus
Kemahiran dalam penglibatan pihak berkepentingan dengan ibu bapa, organisasi komuniti, dan pihak berkuasa pendidikan.
Kemahiran dalam pengurusan krisis dan penyelesaian konflik dalam persekitaran pendidikan.
Kemahiran dalam penilaian pelajar dan analisis data prestasi pendidikan.
Kemahiran dalam perancangan strategik yang selaras dengan piawaian pendidikan dan matlamat institusi.
Pengetahuan dalam pembangunan dasar bagi hal ehwal akademik, disiplin pelajar, dan prosedur sekolah.
Pengetahuan dalam pembangunan kurikulum dan penilaian program akademik.
Pengetahuan dalam pentadbiran sekolah dan pengurusan operasi pendidikan.
Pengetahuan dalam psikologi dan perkembangan pelajar untuk menyokong pembelajaran dan kesejahteraan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.