- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
161
Pengurus Perkhidmatan Profesional
Kumpulan Unit
1614
Pengurus Kebajikan Sosial
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1614-01
Bandingkan
Pengurus Kerja Sosial bertanggungjawab terhadap kepimpinan strategik dan operasi perkhidmatan kerja sosial, menyelia kakitangan, sumber dan penyampaian perkhidmatan untuk menyokong individu dan keluarga yang terdedah. Mereka memastikan pematuhan dengan perundangan dan dasar yang berkaitan, menggalakkan nilai kerja sosial dan menyelaras program merentasi sektor komuniti, kesihatan, pendidikan dan keadilan jenayah. Peranan ini termasuk mengurus perkhidmatan sokongan komuniti dan keluarga, merancang dan menilai program, berhubung dengan pihak berkepentingan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui peruntukan sumber yang berkesan dan perancangan organisasi.
Tugasan
Memimpin dan menyelia satu pasukan pekerja sosial dan kakitangan sokongan.
Membangun dan melaksanakan objektif, dasar dan program untuk kebajikan sosial dan perkhidmatan keluarga.
Menyelaras dengan profesional penjagaan kesihatan, organisasi komuniti, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain.
Mengurus belanjawan, peruntukan dana dan pelaporan kewangan.
Memantau dan menilai keberkesanan program dan perkhidmatan.
Memastikan latihan kakitangan, bimbingan dan pembangunan profesional.
Mengarahkan dan mengurus keseluruhan operasi, infrastruktur dan penyampaian perkhidmatan.
Merundingkan dan mengurus kontrak perkhidmatan dan perjanjian formal dengan penyedia.
Mengekalkan hubungan yang kukuh dengan organisasi kebajikan, sosial dan komuniti tempatan.
Menangani kes kompleks, pertanyaan komuniti dan melaporkan hasil kepada pengurusan kanan.
Kemahiran
Asas
Empati,kepekaan budaya dan orientasi perkhidmatan dalam penyampaian perkhidmatan sosial.
Kebolehan kepimpinan yang kukuh dan mengurus pasukan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk berinteraksi dengan individu dan komuniti yang pelbagai.
Kemahiran organisasi,pengurusan masa dan litersai asas kewangan untuk perancangan dan penyediaan bajet.
Kemahiran penyelesaian masalah yang kompleks dan membuat keputusan dalam mengurus isu sosial dan komuniti.
Khusus
Kecekapan dalam analisis data, pelaporan, dan penggunaan perisian kerja sosial.
Kecekapan dalam menyelia pengurusan kes, piawaian dokumentasi, dan amalan advokasi klien.
Kemahiran dalam pembangunan program, penilaian, dan perancangan perkhidmatan.
Kemahiran dalam pengurusan krisis, tindak balas kecemasan, dan penyelesaian konflik.
Kemahiran dalam penyeliaan kakitangan dan pengurusan sumber manusia.
Kepakaran dalam mengurus program penjagaan di rumah dan inisiatif jangkauan komuniti.
Keupayaan membina kerjasama dengan agensi tempatan, pihak berkepentingan, dan organisasi komuniti.
Keupayaan mengendalikan situasi sensitif dengan kerahsiaan dan empati.
Pengalaman dalam pengurusan kewangan, penganggaran, dan penulisan geran.
Pengetahuan mendalam dalam prinsip kerja sosial, perkhidmatan sokongan keluarga, dan perundangan berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1614-01
Pengurus Kerja Sosial
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.