Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1321-11
Bandingkan
Pengurus Loji Penjanaan Kuasa menyelia operasi dan pengurusan kemudahan penjanaan kuasa, termasuk loji biojisim, gas tapak pelupusan sampah dan biogas. Mereka bertanggungjawab untuk menyelaras operasi harian, menyelia kakitangan loji, memastikan keselamatan dan pematuhan alam sekitar, memantau prestasi dan mengoptimumkan pengeluaran tenaga. Peranan ini termasuk mengurus bajet dan sumber, berhubung dengan pihak berkepentingan luaran dan melaksanakan strategi untuk kecekapan operasi, pematuhan peraturan dan penjanaan tenaga lestari.
Tugasan
Menyelia operasi harian loji penjanaan tenaga untuk memastikan prestasi optimum dan pengeluaran tenaga.
Menyelia dan mengurus kakitangan loji termasuk jurutera, juruteknik, dan operator.
Membangunkan dan memantau jadual penyelenggaraan bagi memastikan kebolehpercayaan peralatan dan kesinambungan operasi.
Memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan, alam sekitar, dan peraturan.
Mengurus bajet loji, ramalan, dan langkah kawalan kos.
Menganalisis prestasi loji, kecekapan tenaga, dan data operasi untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan.
Menyelaras perolehan dan logistik bahan, alat ganti, dan peralatan yang diperlukan untuk operasi loji.
Membangunkan dan melaksanakan prosedur operasi serta amalan terbaik bagi kecekapan loji.
Memimpin inisiatif untuk mengoptimumkan operasi loji, mengguna pakai teknologi yang sesuai, dan meningkatkan kecekapan.
Menyediakan laporan operasi dan berhubung dengan pihak berkepentingan, pihak berkuasa kawal selia, dan kontraktor luar.
Kemahiran
Asas
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan yang kukuh untuk menyelia operasi loji dan kakitangan.
Kemahiran komunikasi yang berkesan bagi tujuan pelaporan, penyelarasan serta interaksi dengan pasukan dalaman dan pihak berkepentingan luaran.
Kemahiran pengurusan masa dan penyelarasan untuk mengutamakan tugasan serta memastikan operasi loji berjalan lancar.
Kemahiran penyelesaian masalah dan analitik bagi menangani isu teknikal, operasi dan prestasi.
Pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar serta pemahaman asas tentang teknologi penjanaan kuasa, termasuklah sistem tenaga boleh diperbaharui.
Khusus
Kecekapan dalam sistem pengurusan loji termasuk Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) dan sistem pemantauan tenaga.
Pengetahuan mengenai keperluan keselamatan tempat kerja, kesihatan, dan pengurusan sisa berbahaya.
Pengetahuan mengenai pematuhan alam sekitar, undang-undang, dan peraturan termasuk piawaian ISO.
Pengetahuan mengenai penyediaan bajet dan kawalan kos untuk operasi loji dan pengagihan sumber.
Pengetahuan mengenai proses pengeluaran dan kaedah untuk mengoptimumkan output tenaga dan kecekapan.
Pengetahuan mengenai sistem pengurusan kualiti dan piawaian operasi dalam penjanaan tenaga.
Pengetahuan mengenai sistem penjanaan tenaga termasuk teknologi biojisim, biogas, gas tapak pelupusan, dan tenaga konvensional.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.