Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1323
Bandingkan
Pengurus Pembinaan
Pengurus Pembinaan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti pembinaan bagi projek-projek kejuruteraan awam, bangunan dan kediaman.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pembinaan bangunan, empangan, lebuh raya, saluran paip dan projek pembinaan yang berkaitan
Mentafsir lakaran dan spesifikasi senibina.
Berunding dengan pemilik bangunan, pembangun hartanah dan sub-kontraktor yang terlibat dengan proses pembinaan bagi memastikan projek disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan dan dalam lingkungan peruntukan bajet.
Merancang prosedur pembinaan mengikut masa mula dan masa siap serta keperluan kakitangan bagi setiap fasa pembinaan berdasarkan pengetahuan tentang alat dan kelengkapan serta pelbagai kaedah pembinaan yang ada.
Merancang dan mengurus operasi harian.
Mengawal perbelanjaan.
Mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.