- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
13
Pengurus Pengeluaran dan Pembuatan
Kumpulan Unit
1321
Pengurus Pembuatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1321
Bandingkan
Pengurus Pembuatan merancang, mengatur, memimpin, mengawal, dan menyelaras aktiviti pengeluaran perkilangan bagi perusahaan besar, atau sebagai pengurus sebuah syarikat perkilangan kecil.
Tugasan
Merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang.
Menentukan, melaksana dan memantau strategi, dasar, dan perancangan pengeluaran.
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran barangan.
Memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Menyediakan anggaran bajet dan mengawal perbelanjaan.
Menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan.
Mengenalpasti peluang perniagaan dan menentukan produk untuk dikilangkan.
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam perusahaan atau dengan agensi luar.
Memastikan semua proses pengeluaran memenuhi spesifikasi pembuatan.
Memastikan penggunaan tenaga manusia, mesin, dan kelengkapan perusahaan dioptimumkan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1321-01
Pengurus Pembuatan
1321-02
Pengurus Elektrik
1321-03
Pengurus Tenaga
1321-04
Pengurus Pengeluaran (Pembuatan)
1321-05
Pengurus Pembuatan Badan Kapal
1321-06
Pengurus Mekanikal
1321-07
Pengurus Kimpalan
1321-08
Pengurus Kilang Minyak
1321-09
Pengurus (Pembuatan Makanan Halal)
1321-10
Pengurus Penyelenggaraan (Pembuatan)
1321-11
Pengurus Loji Penjanaan Kuasa
1321-12
Pengurus Stor
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.