Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1322
Bandingkan
Pengurus Perlombongan
Pengurus Perlombongan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti berkaitan perlombongan, kuari, dan operasi pengekstrakan minyak dan gas.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengekstrakan mineral, dan minyak dan gas.
Berbincang dengan pengurus lain untuk menetapkan kuota pengeluaran dan merancang tapak pengekstrakan.
Memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi.
Merancang dan mengurus operasi harian.
Menyediakan anggaran bajet dan mengawal perbelanjaan.
Menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam perusahaan atau dengan agensi luar.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.