- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
9
Pekerja Asas
Kumpulan Sub-Utama
96
Pekerja Asas Lain
Kumpulan Kecil
962
Pekerja Asas yang Lain
Kumpulan Unit
9625
Atendan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
9625-02
Bandingkan
Atendan Hospital
Atendan Hospital membantu menyediakan sokongan bukan perubatan dalam persekitaran penjagaan kesihatan dengan membantu pergerakan pesakit, mengekalkan kebersihan, menghantar bekalan, dan menyokong kakitangan kesihatan. Mereka memastikan persekitaran yang selamat, selesa dan bersih di wad, unit rawatan akut, unit rawatan rapi, pusat pemulihan dan bilik kecemasan.
Tajuk Alternatif
Atendan Makmal
Pekerja Sokongan Penjagaan Kesihatan
Kakitangan Sokongan Hospital
Atendan Perubatan
Tugasan
Membantu pesakit dengan keperluan asas harian termasuk pergerakan antara wad atau bilik serta sokongan kebersihan diri.
Menyokong kakitangan kejururawatan dan perubatan serta melaksanakan tugas bukan klinikal.
Menghantar makanan, bekalan perubatan, dokumen dan peralatan di dalam kemudahan hospital.
Membersihkan dan menyahsanitasi bilik pesakit, wad dan kawasan rawatan.
Membersihkan dan menyelenggara tandas serta kemudahan sanitari hospital.
Menyusun dan mengekalkan peralatan, perabot dan kemudahan hospital dalam keadaan kemas serta berfungsi baik.
Mengekalkan kebersihan di semua kawasan hospital yang ditugaskan.
Merekod serta menyelenggara log, rekod atau laporan asas aktiviti dan tugasan harian.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik untuk membantu pesakit serta bekerjasama dengan kakitangan penjagaan kesihatan.
Keupayaan bekerja secara berpasukan bagi menyokong kelancaran operasi hospital.
Pematuhan terhadap piawaian kebersihan, kawalan jangkitan dan keselamatan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
Sabar dan empati ketika membantu pesakit dengan pelbagai keperluan dan keadaan kesihatan.
Stamina fizikal yang baik untuk melaksanakan tugas manual seperti memindahkan pesakit dan memastikan kebersihan wad terjaga.
Khusus
Keupayaan dalam membantu pergerakan dan pemindahan pesakit.
Pengetahuan tentang keselamatan hospital dan protokol kawalan jangkitan.
Pengetahuan tentang prosedur pembersihan dan sanitasi hospital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Pendidikan rendah
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.