Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
9622
Bandingkan
Pekerja Rencam
Pekerja Rencam membersihkan, mengecat, dan menyelenggara bangunan, taman, dan kemudahan prasarana serta membuat kerja baik pulih yang mudah dan pelbagai kerja rencam lain.
Tugasan
Bertanggungjawab menyelenggara kebersihan kawasan/ bangunan pejabat, menanam dan menjaga pokok, membaja, mencantas pokok, meracun rumput dan melakukan tugastugas menyusun pokok-pokok berpasu untuk hiasan dalaman.
Membaiki tingkap yang pecah, skrin, pintu, pagar, dapur barbeku, meja berkelah, rak, almari dan barang lain.
Menggantikan barang yang rosak seperti mentol lampu.
Membaiki dan mengecat permukaan dalam dan luar seperti dinding, siling dan pagar.
Membetulkan pintu dan tingkap.
Menggantikan sesendal paip.
Memasang susur tangan dan susur genggam.
Memunggah arang batu atau kayu dan meletakkannya di dalam bilik bawah tanah di rumah atau bangunan persendirian.
Membuat kerja-kerja rencaman.
Menjalankan tugas yang berkaitan
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.